Latest Event Updates

BEST BELAJAR™ INTERNATIONAL

Posted on


BEST BELAJAR mula mendapat perhatian dari negara jiran, iaitu Singapura.


Pada 23 julai yang lalu, senior Trainer Kumpulan BEST BELAJAR Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan BEST BELAJAR kepada 160 Pelajar Tahun 6 Madrasah Al Irsyad Zuhri, Singapura.


Jemputan ini lantas menjadikan BEST BELAJAR naik ke satu lagi tahap yang lebih baik sehingga menjadi BEST BELAJAR INTERNATIONAL.


Doakan kami, ada jemputan ke Acheh pula dalam masa terdekat, mudah-mudahan Allah izinkan.


Jom jemput kami ke sekolah, institusi anda…
Hafiz Bai

0197517051

Lawak Dalam Latihan

Posted on

[Lawak Dalam Latihan]

Pernah seseorang bertanya kepada saya, apakah setiap kali sesi training, mesti buat lawak dari mula hingga akhir? 

Jawab saya, kita nak latih peserta atau nak hiburkan mereka dengan lawak jenaka? Kita ni buat latihan ke atau persembahan “raja lawak”?

Pandangan saya begini…

1. Sudah menjadi satu “polution” dalam industri training mahupun ceramah, mesti kena ada unsur2 lawak jenaka atau penceramah yang best biasanya dinilai dari aspek lawak yang mereka lakukan… Apakah kesannya? Akhirnya peserta menilai kebagusan sesuatu program/ceramah itu pada lawak jenaka bukan pada isi nya.


2. Apakah saya menolak “lawak jenaka” dalam training? Sudah tentu tidak, malah saya juga sentiasa memastikan terdapat punchline2 tertentu di dalam@menyampaikan mesej dan isi penting.
3. Berpada-pada di dalam membuat lawak jenaka, jangan lah sehingga peserta hilang fokus dan hilang energi akibat dari gelak tawa yang melampau, paling seram, tiada mesej atau isi penting yang peserta boleh bawa pulang bersama.
4. Perlu seimbang di dalam memainkan emosi peserta di dalam mengendalikan program. Perlu seimbang antara seronok, serius, sedih, dan semangat.
5. Jangan pula nanti industri latihan ini rosak dan ramai trainer kehilangan job akibat “kekurangan mereka di dalam membuat lawak” di dalam program…
Secara jujurnya, saya bukanlah “joker” yang mampu menghiburkan para peserta program saya, tetapi sentiasa berusaha untuk menghiburkan ada semua….

Hafiz Bai

Professional Trainer & Learning Specialist.

Belajar BEST… Result BEST…

Posted on


[Teruja]

Berganding bersama tuan Syed Faizal S. Rahman di dalam menjayakan modul-modul BEST BELAJAR dan BEST Teachers…
Impian kami agar lebih ramai para pelajar merasa BEST untuk Belajar selepas mengikuti program BEST BELAJAR™
Juga para Guru merasa semakin BEST dengan skil dan teknik baru utk mengajar para pelajar yang kami kongsikan di dalam BEST Teachers…
Ayuh, keluarkan phone anda, dail number 0197517051, dan tetapkan tarikh program BEST BELAJAR mahupun BEST Teachers di Sekolah/Organisasi anda…
Hafiz Bai | BEST BELAJAR™ | BEST Teachers™

:: Take Charge :: Kepimpinan Pengawas

Posted on

Kepimpinan hari ini merupakan pewaris generasi masa hadapan. Atas dasar itu, saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit penumpuan untuk membangunkan sifat kepimipinan yang Kompeten dan Amanah di dalam jiwa pemimpin.

   Pada tahun ini, saya telah mengendalikan hampir 5 program TAKE CHARGE kepimpinan Pengawas dan sekolah , antaranya:

  • Kepimpinan SM Al-Hidayah, Ipoh.
  • Kepimpinan Pengawas SM islam Al amin Gombak.
  • Kepimpinan Sekolah Hira’ Jeram.
  • Kepimpinan pengawas SMK Ayer Panas, Setapak.
  • Kepimpinan Pengawas SMK Bukit Indah, Ampang.

  
Tidak ketinggalan, program TAKECHARGE untuk pelajar Sekolah Aminuddin Baki, KL. 

Penekanan saya lebih tertumpu kepada;

  • KeSEDARan kepentingan menjadi pemimpin.
  • Penetapan HALATUJU seorang pemimpin.
  • Komunikasi yang jelas dan “call to action”.
  • Teknik memberi arahan yang berimpak tinggi dan berkesan.
  • Membangunkan keyakinan dan keberanian.
  • Pengukuhan ukhuwwah pemimpin.
  • Latihan pengucapan awam yang praktikal, mudah dan berpengaruh.
  • Pengurusan konflik.
  • Teknik penyelesaian masalah. 

   

Selepas lebih 10 tahun berkecimpung di dalam organisasi di IPT, NGO dan syarikat perniagaan, pengalaman ini saya kongsikan kepada para pelajar agar mereka benar2 menjadi pemimpin yang KOMPETEN dan AMANAH.

Saya kongsikan beberapa komen dari peserta:

  

“Program yang menarik (menaikkan semangat kepimpinan untuk lebih berusaha untuk mencapai MATLAMAT). Andai kata sekolah berpeluang mengadakan progfam kepimpinan, ana berharap program itu tidak begitu sekejap, dan MOTIVATORNYA ABANG HAFIZ BAI. Penyampaian menarik dan aktiviti menarik, membuka mata ana untuk lebih berusaha”

 

“First of all, this course has greatly interested me because it is closely related with PSYCHOLOGY. The communicating skills that have been taught suits MODERN MINDS & thinking. So in my opinion, if i applied successfully and with quality, inshaAllah everything will go INCREDIBLE WELL for future Hira’. Bro Bai gives great motivation to all of us. Thank you so much.”

 

  I would give 5star to abang bai, the activities were fun & interesting. I enjoyed myself a lot. I learnt how to build great and excellent self exteem…………….     I used to be shy and timid, but after this programme, i learnt how to be BRAVE and IMPROVE myself…”

 
Saya amat bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan, semoga segala nikmat ini dapat digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

Kepada guru-guru atau rakan-rakam yang ingin membuat tempahan program TAKECHARGE For Leadership,

Hubungi HAFIZ BAI – 0197517051

 

#takecharge

#kepimpinan

#pengawas 

:: Motivasi Super Study ::

Posted on Updated on

  
Dunia Baru bersama Environment dan circle baru. Allah beri peluang untuk saya meningkatkan potensi yang ada bersama guru saya, tuan Fadzli Yusof, dan rakan pengurus Tuan Farhan Johari. 

Saya akan meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa melalui platform dan branding luar biasa kelahiran tuan fadzli, iaitu Super Study. Kami akan bergandingan bertiga bersama Tuan Zaim Zin. Keputusan bersama Super Study juga merupakan keputusan dan perbincangan bersama sifu dan sahabat seperjuangan Tn Syed Faizal.

Alhamdulillah, pada 16 Mac 2016 yang lalu, kebangkitan Super Study mula mengorak langkah, seramai 70 orang peserta telah membuat keputusan yang betul dan telah berjaya meledakkan potensi diri demi mencapai prestasi tertinggi.

  

Saya mendoakan agar keputusan bersama Super Study ini dapat meningkatkan lagi skil, pengetahuan dan mengubah sikap saya agar terus cemerlang dan menyerlah jauh daripada biasa.

perbincangan bertiga untuk menjayakan super study bulan april:-)

Hafiz Bai

Certified Super Study Instructor (C.S.I) 

BEST BELAJAR™ di SMA Fauzi, Yan, Kedah

Posted on

Assalamualaikum

Selepas bermusafir  hampir 4 jam bersama Master Trainer BEST BELAJAR, Tuan Syed Faizal, akhirnya kami tiba di sebuah kawasan yang sungguh tenang dan damai. Sebuah pekan kecil dengan nama yang cukup ringkas dan pendek, Pekan Yan, Kedah.

IMG_0365

Tujuan ke sini adalah untuk melaksanakan amanah untuk mengendalikan program Motivasi & Bimbingan BEST BELAJAR di SMA Fauzi, yan, Kedah. Program kali ini agak unik, kerana kami akan mengendalikan secara selari, saya akan bersama pelajar tingkatan 3, manakala tuan syed bersama pelajar tingkatan 5. Program bermula jam 8.30pg sehingga 4.30ptg. Rehat untuk solat zohor dan makan tengah hari. Paling menarik, selepas waktu zohor, kami bersepakat untuk menukar peserta, saya mengendalikan sesi bersama ting5, manakala syed bersama ting3. Alhamdulillah program tamat tatkala azan isya’ berkumandang. Berikut dikongsikan maklumbalas berkenaan progra,di SMA Fauzi, Yan , Kedah.

Berikut dikongsikan maklumbalas peserta  tingkatan 3

Tips yang diberikan, mudah, jelas & seronok.

“Pengalaman Abang Bai mengajar saya, saya berasa sangat seronok. Saya dapat mempelajari banyak benda seperti belajar trademark “ Belajar BEST, Result BEST, Memang BEST”. Selain itu, cara abang Bai mengajar sangat faham, jelas dan seronok. Kalau ada kelapangan, abang Bai datang lagi mengajar kami. Kami tak merasa bosan abang mengajar! InshaAllah , kami akan mengunakan sepenuhnya tips yang abang Bai dan abang  Syed berikan kepada kami.”

dapat menambahkan semangat dan keyakinan..

“ Assalamualaikum, sepanjang  bersama abang Bai, best sangat, bertambah rasa semangat dan keyakinan untuk belajar. Tips yang diberikan sangat berguna dan mudah untuk diikuti. Cara abang Hafiz memotivasikan kami sangat baik, sporting dan jelas. Seronok ! Sepanjang program ini, kami tidak mengantuk, malah kami teruja dan ingin bersama BEST BELAJAR lagi.”

IMG_0338

Terdapat seorang peserta yang malu untuk keluar kehadapan, selepas saya memberi suntikan motivasi, akhirnya beliau tampil kehadapan, rakan-rakan mereka amat terkejut dengan apa yang berlaku, mudah-mudahan ianya menjadi suatu anjakan paradigma buat beliau

“Satu program yang memang lain dari yang lain. Semua aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan . Boleh mengeratkan silaturrahirim dan saya tahu banyak cara untuk mengatasi masalah ketika belajar. Saya dapat juga membina keyakinan diri saya dengan berani tampil dihadapan orang ramai. Saya dapat mengaplikasikan cara mengenalpasti matlamat saya untuk kini dan masa hadapan. Program BEST BELAJAR sememangnya adalah program yang terbaik.”

Berikut dikongsikan pula komen pelajar Ting 5

Maklumbalas dalam english.

“I’m really excited with BEST BELAJAR. I got something new technique to study and I will do it practically. I’m not in boring mood while  with this program. Please come again! Thank you .”

IMG_0344

adik ini pula, marah kerana masa yang diperuntukkan pendek.

“Sepanjang program ini merupakan hari yang terlalu menyeronokkan tetapi masa yang diperuntukkan sangat pendek. Harap abang-abang boleh datang lagi ke sekolah kami. Abang Syed dan Abang Bai sangat bagus,ramah,cheerful dan menyeronokkan. Lagu yang diperdengarkan juga sangat seronok. Program yang memberi kesan pada tempoh jangka panjang untuk diamalkan. Semoga BEST BELAJAR akan berterusan untuk generasi akan datang.”

IMG_0346

alhamdulillah para peserta tidak bosan di dalam program kami.

“Program ini sangat menyeronokkan kerana saya dapat belajar sesuatu yang baru. Program ini terisi dengan banyak ilmu dan semua yang disampaikan best! Motivatornya sangat sporting kerana Abang Syed dan Abang Hafiz lawak orangnya. Saya jugak dapat belajar teknik-teknik baru dengan ,mudah kerana program ini tidak boring langsung. Kalau ada rezeki inshaAllah jumpa lagi. Semoga semua yang terlibat dengan program ini akan dimurahkan rezeki dan semoga Abang Syed dan abang Hafiz semakin Berjaya. Allah yuftah Alaikum.”

kami pulang ke KL dengan senyuman dan sejuta kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan:-)

TAKE CHARGE!

Posted on

kalian masih ingat lagu “bangau oh bangau” yang pernah kita nyanyi semasa kecil dahulu. Ketika itu, kita mungkin nyanyi sekadar nak berseronok dan bersuka-suka sahaja, tanpa mengetahui maksud tersirat di dalam lagu tersebut.

Mari saya kongsikan. Melalui lagu tersebut, saya diperkenalkan dengan suatu trade mark baru, yang diperkenalkan oleh Sifu saya, Tuan Rizal Hasan, iaitu “STOP BANGAUING!” atau di dalam bahasa melayu, ” Usah Membangau Lagi”. Jika kita perhatikan, di dalam lagu Bangau Oh Bangau, sikap saling menuding jari untuk menyalahkan orang lain, atau memberi alasan apabial melakukan kesalahan, menjadi suatu kebiasaan bagi manusia. malah ianya dijadikan sebagai “pembelaan diri” untuk melepaskan diri dari hukuman dan sebagainya. Apakah ini suatu sikap yang betul?

IMG_9475

Seharusnya, sebagai seorang muslim, kita tidak patut MEMBANGAUKAN orang lain mahupun sesuatu situasi, apa yang perlu kita lakukan ialah “TAKE CHARGE!”, atau “ambil tanggungjawab” di atas sesuatu kesalahan itu. Atas dasar konsep “STOP BANGAUING” dan “TAKE CHARGE!” ini, saya mengambil inisiatif untuk berjumpa dan bertalaqi bersama Sifu Rizal Hasan, bagi mendalami dan mempelajari, bagaimana mahu mengendalikan suatu program “Pembangunan Kendiri (Personal Developement)” yang dijenamakan dengan nama ” TAKE CHARGE!”. Alhamdulillah, selepas seharian berguru, kini tiba masanya untuk menjelajah seluruh Dunia untuk mengendalikan TAKE CHARGE!. Bagi yang berminat, sila hubungi saya di talian 0197517051. Saya kongsikan beberapa outline penting berkenaan TAKE CHARGE! di bawah ini.

Program TAKE CHARGE! ini merupakan program yang akan membimbing peserta untuk mengambil tanggungjawab terhadap hadapan mereka dengan pilihan yang mereka lakukan dan matlamat yang mereka tetapkan. Dalam mencapai matlamat tersebut, para peserta akan belajar cara untuk mengukuhkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan mengambil TANGGUNGJAWAB terhadap dunia di sekeliling mereka.

Konsep Program ini adalah sangat interaktif, menggunakan teknik NLP (Neuro Linguistic Programming) serta ‘Praktikal’. ‘Praktikal’ ini bermaksud di akhir program ini, peserta akan mengetahui bagaimana untuk mengendalikan kehidupan mereka dengan lebih baik. Program ini dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

 

BAHAGIAN

PENERANGAN
Take Charge! terhadap Diri Sendiri Peserta akan belajar untuk bertanggungjawab ke atas pilihan yang mereka buat, menyelesaikan masalah dan mendapatkan matlamat mereka yang jelas.
Take Charge! terhadap Komunikasi Sendiri Peserta akan belajar pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan berkesan dengan menggunakan kuasa teknik-teknik NLP.
Take Charge! terhadap Kerja Berkumpulan Peserta akan belajar tentang apakah yang dimaksudkan dengan kerja berkumpulan dan bagaimana untuk bekerja sebagai satu pasukan.
Take Charge! terhadap Dunia Sendiri Peserta akan belajar bagaimana untuk memanfaatkan apa yang ada di sekelilingnya untuk mencapai matlamat yang mereka sendiri.
Pelan Tindakan Sendiri Peserta akan meletakkan pembelajaran mereka ke dalam tindakan pelan berstruktur.